TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, October 5, 2015

Drama Hello Mr Perfect - Sinopsis

Drama Hello Mr Perfect
Drama Hello Mr Perfect
Slot Akasia TV3

Hello Mr Perfect, drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Drama ini bakal menggantikan drama Mencintaimu di Slot Akasia TV3. Sebuah drama yang diadaptasi dari novel novel Waniey Zakaria dan diarahkan oleh Nuad Hj, Othman. Dilakonkan oleh Fattah Amin dan Nur Ruhainies akan bersiaran 30 September 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.



Pelakon Drama Hello Mr Perfect

Fattah Amin sebagai Muhammad Izzul Islam
Nur Ruhainies Farehah sebagai Alya Adriana & Nurul Ain
Rafiq Razali sebagai Muhammad Arif Fikri
Ezzaty Abdullah sebagai Ainul Mardhiah
Azlan Mokhtar sebagai Rahim
Mimi Ernida sebagai Lina
Nafiez Zaidi sebagai Azizi
Keena Mentor sebagai Hana
Afzan A.Rahman sebagai Fauzi
Kay Maria sebagai Mak Temah
Eizlan Yusof sebagai Dato Seri Amiruddin
Fiza Halim sebagai Datin Seri Rosni
Ammar Alfian sebagai Aizat


Sinopsis Drama Hello Mr Perfect

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.

TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

No comments:

Post a Comment